Tuesday, January 26, 2016

Selamat Datang Guru Pelatih Ke SKPK Jalan Peel

SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menerima 5 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas,Kuala Lumpur. Mereka akan menjalani latihan perguruan selama 12 minggu. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan mereka.Semoga mereka dapat memperoleh ilmu sebanyak mungkin di sini.


Ceramah dan Cara Penjagaan Gigi

Pihak Kementerian Kesihatan telah mengunjungi SK Pendidikan Khas Jalan Peel bagi memberi taklimat ringkas mengenai penjagaan gigi. Mereka juga mengadakan amali mengosok gigi dengan cara yang betul membabitkan semua murid. Selepas itu, semua murid menjalani pemeriksaan gigi bagi mengenalpasti masalah gigi mereka. Semoga semua murid memahami bagaimana untuk menjaga gigi mereka.




Friday, January 22, 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016M

SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati Nabi Muhammad S.A.W. Ini bagi melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas pengutusan Rasulullah S.A.W di atas muka bumi ini. Perarakan ringkas sambil berselawat, sembahyang hajat dan bacaan Yasin dilakukan. Pihak sekolah juga telah menjemput Ustaz Muhammad Ubaidillah Bin Ahmad Nizal bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Selepas rehat diadakan aktiviti mewarna dan membuat kolaj. Semoga semua mendapat kebaikan dalam program ini. Amin....








Wednesday, January 20, 2016

Pelantikan Pengawas Sesi 2016

Tahun baru, tanggungjawab baru buat semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber juga turut diisi oleh organisasi baru dan lama. Sesi pelantikan pengawas dan ikrar aku janji telah diadakan pada 18 Januari 2016. Diharapkan barisan kepimpinan jawatankuasa disiplin dan barisan pengawas yang telah dilantik akan memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Tahniah...


Tuesday, January 19, 2016

Sarapan Sihat & Sambutan Hari Lahir Haziq Hakimi

Warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel mengucapkan selamat hari lahir ke-11 kepada adik Haziq Hakimi dari tahun 4 Wira. Semoga beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat. Sempena itu, ayah adik Haziq Hakimi iaitu Encik Nazri telah menyumbangkan sarapan pagi kepada semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Sesi penerangan ringkas pendidikan kesihatan berkaitan kebaikan sarapan pagi turut diadakan. Ini bagi memastikan semua murid mengetahui kebaikan dan kepentingan sarapan pagi supaya mereka kekal bertenaga dan sihat untuk sepanjang hari. Terima kasih kami ucapkan kepada keluarga Haziq Hakimi.





Thursday, January 14, 2016

Majlis Jamuan Awal Tahun Yayasan Pendidikan Cheras

Sempena awal persekolah, pihak Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah menjemput seramai lima orang guru SK Pendidikan Khas Jalan Peel untuk menghadiri majlis makan tengahhari bersama YPC.
Majlis ini menjurus untuk memberi motivasi dan galakan kepada semua guru agar berusaha meningkatkan prestasi sekolah bermula dari awal tahun lagi. Terima kasih di atas jemputan ini.




Friday, January 8, 2016

Sumbangan Awal Persekolah Oleh Yayasan Belia Malaysia

Pada 8 Januari 2016 iaitu pada hari Jumaat, warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah dihadiri oleh warga Yayasan Belia Malaysia. Kedatangan mereka ke sekolah ini adalah untuk beramah mesra dan menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada semua murid SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Terima kasih pihak sekolah ucapkan di atas sumbangan yang diberikan.