Wednesday, March 23, 2011

Tahniah Cikgu Redzuan kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 22/3/2011


Tanggal  22 Mac 2011 merupakan hari bersejarah buat Cikgu Mohd Redzuan Bin Bajri kerana pada tarikh inilah isteri tercinta beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.Kami warga-warga Sek Keb Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur mengucapkan tahniah & syabas kepada beliau.Selamat bergelar "BAPA" dan semoga menjadi "Bapa Misali" 




Tahniah pada semua guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Program Pensiswazahan Guru ( PPG) ambilan 2011

     Warga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur mengucapkan tahniah  & syabas pada semua guru-guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29  yang telah terpilih dan berjaya melanjutkan pelajaran serta  ditempatkan ke Program Pensiswazah Guru ( PPG ) anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Program ini dibuka untuk guru-guru yang telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun keatas sahaja yang merupakan guru-guru lepasan diploma keluaran Maktab-Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia.


*Berikut merupakan senarai nama guru - guru yang telah berjaya ditempatkan di Program Pensiswazah Guru ( PPG ) ambilan Mac & Jun :


1.) En Mohd Faizudin Bin Abdullah Al-Bukhari - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )  - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam ambilan Mac 2011

2.) Puan Lee Seng Kiat - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011

3.) Puan Farrah Bt Haslam - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas ) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011


4.) Puan Nooraisyah Bt Maideen -  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011



5.) Puan Evanie Pagok - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011


Syabas diucapkan & sekalong ucapan tahniah buat mereka !... moga dapat mempertingkatkan ilmu & pengajian serta memantapkan lagi proses pengajaran & pembelajaran di masa hadapan kelak dengan ilmu yang ada.

Program Maulidur Rasul Sek Keb Pendidikan Khas Jln Peel ( 24 Feb 2011)

Pada 24/2/2011 bersamaan 21 Rabiul Awal 1432 H, Panitia Pendidikan Islam yang diterajui oleh Ustazah Aziah & Ustaz Faiz dengan kerjasama "Panitia Pendidikan Moral"  telah berjaya menganjurkan "Program Maulidur Rasul" peringkat SKPKJP  bertempat di Dewan Yayasan Pelajaran Cheras,Kuala Lumpur.


Majlis dimulakan dengan sesi perarakan serta bermarhaban beramai-ramai dari dataran Sek Keb Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur yang telah diketuai oleh Ustaz Faiz,


Majlis diteruskan dengan perasmian Majlis oleh Tuan Guru Besar Encik Omar Bin Sujak , persembahan murid-murid dan guru lelaki bersempena Sambutan Maulidur Rasul , Persembahan Multimedia , Ceramah bertajuk " Rasul Junjungan " yang disampaikan oleh Ustaz Faiz , pertandingan kuiz & mewarna serta penyampaian hadiah.


Majlis berlangsung dengan penuh meriah sekali.Moga program yang begitu bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan hendaknya!.


Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis,untuk paparan yang lebih jelas sila klik(2x) pada gambar :