Sunday, September 8, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2013

Kami warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6 A WIRA 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Ulfa, May, Pui Yee, Aaron, dan Shu Qin agar diberikan ketenangan dan ilham yang mencurah-curah ketika menjawab setiap kertas subjek nanti.Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua dan selamat maju jaya.



Monday, September 2, 2013

PROGRAM MERDEKA RAYA DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 30 OGOS 2013

Aktiviti kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SKPK Jalan Peel akan melaksanakan program Merdeka Raya sempena bulan kemerdekaan yang disambut dalam bulan Syawal. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat murid serta diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan murid dan guru-guru.

Melalui program ini murid-murid dapat mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Murid-murid juga dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK pelaksana dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Syabas diucapkan...