Tuesday, April 12, 2016

MTQ Pendidikan Khas JPWP Kuala Lumpur

MTQ peringkat JPWPKL telah diadakan selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 April 2016 bertempat di SMK Alam Damai. SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menyertai dua pertandingan iaitu pertandingan bercerita dan menulis khat. SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah mengondol tempat pertama bagi pertandingan bercerita bagi kedua-dua kategori dan ketiga bagi menulis khat.

Senarai pemenang :

1. Muhammad Izz Hakimy 3 Perdana - Tempat pertama bercerita lelaki kategori BD
2. Nurin Atiqah 4 Perdana - Tempat pertama bercerita perempuan kategori BD
3. Muhammad Firas Amsyar 2 Perdana - Tempat ketiga menulis khat
4. Nur Qistina 4 Perdana - Tempat keempat menulis khat.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pemenang yang telah meharumkan nama SK Pendidikan Khas Jalan Peel di peringkat JPWP Kuala Lumpur.




Friday, April 8, 2016

Program Badan Sihat Minda Cerdas

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan program "Badan Sihat Minda Cerdas". Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan menjaga kesihatan semasa di rumah mahupun di sekolah. Selain itu, murid tahap dua menjalani ujian SEGAK bagi mengetahui tahap fizikal dan kesihatan mereka. Murid tahap satu membuat poster makan sihat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel.






Wednesday, April 6, 2016

Kempen Membaca 1Malaysia

Program ini diadakan serentak di kebanyakan sekolah di Malaysia. Program ini bermatlamatkan untuk menyemai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel turut menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menganjurkan program ini. Program ini diadakan di pusat sumber sekolah selama 2 jam. Semoga budaya membaca di kalangan warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel terus berkekalan. Amin...




Monday, March 28, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

Majlis ini telah diadakan di Dewan UMNO Cheras dan dihadiri oleh semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Seramai tiga orang warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel menerima anugerah bagi perkhidmatan cemerlang mereka pada tahun 2015. 

Senarai penerima APC Tahun 2015

1. Encik Mohd Redzuan Bin Bajri
2. Encik Mohd AlHafiz Bin Omar
3. Puan Siti Normah Binti Itar

Tahniah dan syabas ke atas mereka. Semoga kecemerlangan mereka akan dijadikan motivasi buat warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel yang lain. Amin...





Saturday, March 26, 2016

Gotong Royong Perdana Bersama PIBG Tahun 2016

PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Peel dan pihak sekolah telah bersepakat untuk mengadakan gotong royong pada tahun ini. Gotong royong ini bertujuan mengindahkan dan membersihkan kawasan sekolah, menyusun atur segala aset dengan lebih tersusun serta kemas dan menyimpan barang pelupusan setempat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan serta keakraban antara ibubapa dengan warga sekolah. Tahniah di atas usaha dan gerak kerja semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Syabas...





Thursday, March 24, 2016

Program Konsultasi dan Kecemerlangan Akademik Tahun 2016

Ibubapa murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dijemput hadir ke Program Konsultasi dan Kecemerlangan Akademik Tahun 2016. Pencapaian akademik, pendedahan subjek UPSR mengikut format terkini dan sesi motivasi bersama penceramah jemputan adalah intipati program ini. Pada tahun 2016, format UPSR telah mengalami perubahan seiring dengan dasar pendidikan baru iaitu KSSR. Diharapkan ibubapa yang hadir dapat mengetahui serta memotivasi diri anak-anak mereka semasa di rumah. Tahniah kepada unit kurikulum sekolah yang menganjurkan program ini serta ibubapa yang hadir.




Wednesday, March 23, 2016

Kejohanan Road Run Tahun 2016

Road Run kembali lagi buat tahun ini. Kejohanan ini diadakan di Taman Tasik Permaisuri dengan penyertaan dari semua murid mengikut kategori yang ditetapkan. Pada tahun ini, kejohanan ini diadakan seawal pagi bagi mengelakan bahang cuaca panas. Murid-murid dikehendaki berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan. Selepas tamat larian, semua diberi makan dan minum disusuli pula dengan pembahagian hadiah. Semoga semua mendapat manfaat dari kejohanan ini. Tahniah dan syabas kepada unit kokurikulum SK Pendidikan Khas Jalan Peel.






Monday, March 7, 2016

Kehadiran Penuh Murid Bulan Januari & Februari

Pihak sekolah di bawah unit HEM akan memberikan penghargaan kepada mana-mana murid yang mencatat kehadiran penuh bagi setiap bulan. Hari ini diadakan penyampaian hadiah bagi murid yang hadir penuh bagi bulan Januari dan Februari. Semoga penghargaan ini akan memberi dorongan kepada mereka dana murid-murid lain untuk mencatat kehadiran penuh ke sekolah.


Monday, February 29, 2016

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2016

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlit-atlit dari SK Pendidikan Khas Jalan Peel yang telah mendapat kejayaan di Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2016. Kejohanan ini diadakan di Stadium Mini Seri Permaisuri. Seramai 13 orang atlit telah menyertai acara seperti 100m, 200m , 4 x 100m, lompat jauh dan lontar peluru. Para atlit SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menunjukan saingan yang berterusan kepada sekolah lain. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa hadapan. Amin....






Saturday, February 20, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27

Pada 20 Februari 2016 telah diadakan mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2016. Tujuan mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membubarkan jawatankuasa tahun 2015 dengan melantik jawatankuasa yang baru bagi sesi 2016. Penglibatan daripada ibubapa amat mengalakkan. Sebelum mesyuarat ini berlangsung, diadakan perjumpaan ibubapa dengan guru kelas bagi mendapatkan pencapaian target untuk anak-anak mereka pada tahun ini. Mesyuarat dimulakan dengan laporan tahun 2015,pembubaran AJK yang lama, disusuli dengan pelantikan AJK yang baru. Diharapkan dengan perlantikan AJK bagi tahun 2016 ini, akan mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa. Amin




Thursday, February 18, 2016

Sehari Bersama LendLease

Sebuah syarikat koporat iaitu LendLease telah mengadakan CSR di SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Seramai 120 orang dari pihak LendLease hadir. Antara pengisian yang mereka telah lakukan adalah aktiviti bersama murid dan mengindahkan persekitaran sekolah. Mereka telah mengecat dan menanam pokok di sekitar kawasan sekolah bagi mewujudkan suasana kehijauan. Sebahagian daripada mereka bersama murid bagi aktiviti membenihkan pokok dan aktiviti mewarna. Kesemua murid mendapat cenderahati dari pihak LendLease. Semoga pihak LendLease akan sudi lagi hadir ke SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Terima kasih kerana sudi ke sekolah kami..




Thursday, January 28, 2016

Pelancaran Program Mentor Mentee

Pelancaran Mentor Mentee sekali lagi diadakan pada tahun ini. Pihak pentadbiran juga terlibat dalam program ini buat pertama kalinya. Mentor(guru) diperkenalkan secara rasminya kepada
mentee(murid-murid) mengikut kelas. Sesi mentor mentee ini dijalankan pada setiap awal bulan pada hari Isnin bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. Mentor akan membuat aktiviti bersama mentee mengikut modul yang telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semoga kesemua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel memperoleh manfaat yang berguna.



Tuesday, January 26, 2016

Selamat Datang Guru Pelatih Ke SKPK Jalan Peel

SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menerima 5 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas,Kuala Lumpur. Mereka akan menjalani latihan perguruan selama 12 minggu. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan mereka.Semoga mereka dapat memperoleh ilmu sebanyak mungkin di sini.


Ceramah dan Cara Penjagaan Gigi

Pihak Kementerian Kesihatan telah mengunjungi SK Pendidikan Khas Jalan Peel bagi memberi taklimat ringkas mengenai penjagaan gigi. Mereka juga mengadakan amali mengosok gigi dengan cara yang betul membabitkan semua murid. Selepas itu, semua murid menjalani pemeriksaan gigi bagi mengenalpasti masalah gigi mereka. Semoga semua murid memahami bagaimana untuk menjaga gigi mereka.




Friday, January 22, 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016M

SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati Nabi Muhammad S.A.W. Ini bagi melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas pengutusan Rasulullah S.A.W di atas muka bumi ini. Perarakan ringkas sambil berselawat, sembahyang hajat dan bacaan Yasin dilakukan. Pihak sekolah juga telah menjemput Ustaz Muhammad Ubaidillah Bin Ahmad Nizal bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Selepas rehat diadakan aktiviti mewarna dan membuat kolaj. Semoga semua mendapat kebaikan dalam program ini. Amin....