Wednesday, July 1, 2015

Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Pendidikan Cheras

Pada 1 Julai 2015, kesemua murid Islam SKPK Jalan Peel telah dijemput ke Kolej YPC ITWEB bagi menerima sumbangan Aidilfitri dari YPC.
Seramai 22 orang murid yang layak menerima sumbangan ini yang saban tahun dianjurkan oleh YPC.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Puan Sri Datin Norainee Binti Abdul Rahman iaitu isteri kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan sinar dalam kehidupan penerima. Amin.


Monday, June 15, 2015

Program Israk Mikraj

Pada hari ini, SKPK Jalan Peel telah mengadakan sambutan Israk dan Mikraj bagi murid-murid yang beragama Islam.
Objektif utama sambutan ini adalah kepentingan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat.
Murid diberi tunjuk ajar dan melakukan amali sambil diperhati dan diajar oleh guru-guru.
Semoga amalan ini dapat disemai dan diamalkan sepanjang hidup murid-murid ini.
Amin...



Tuesday, May 26, 2015

Majlis Persaraan Encik Sani Bin Salim

Tanggal 26 Mei 2015 merupukan hari terakhir Encik Sani Bin Salim berkhidmat sebagai penjawat awam.
SK Pendidikan Khas Jalan Peel adalah tempat terakhir Encik Sani menjalankan tugas sepanjang kerjayanya di dalam perkhidmatan awam.
Semoga jasa dan usahanya sepanjang perkhidmatan akan dibalas dan dikenang sepanjang masa.
Selamat maju jaya dan semoga bahagia menjalani kehidupan sebagai pesara.


Monday, May 18, 2015

Sambutan Hari Guru SKPKJP Tahun 2015

Majlis Hari Guru pada tahun ini telah disambut dengan gemilangnya di dataran SKPK Jalan Peel.
Penglibatan dari semua pihak iaitu guru, ibubapa dan murid.
Sanbutan ini diadakan untuk menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan kecemerlangan para murid dalam pelbagai aspek iaitu akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Semoga semua guru dan warga SKPK Jalan Peel akan terus maju ke hadapan.
Ini sekolah kita, Ini komuniti kita......



Tuesday, April 14, 2015

Majlis Penyampaian Hadiah dan Pembubaran AJK BKGK Sesi 2014/2015

Majlis ringkas ini diadakan di bilik guru SKPK Jalan Peel.
Semua AJK dan ahli BKGK hadir pada majlis ini.
Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Md. Hassan Bin Mokhtar.
Majlis ini bermakna AJK BKGK bagi sesi 2014/2015 akan dibubarkan.
Semoga AJK baru bagi sesi 2015/2016 akan maju jaya.


Wednesday, April 1, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang JPWPKL Tahun 2015

Kejohanan bagi murid-murid pendidikan khas ini telah diadakan selama dua hari bertempat di Stadium Mini Seri Permaisuri.
SK Pendidikan Khas Jalan Peel tidak terkecuali menghantar wakil ke kejohanan ini.
Sebanyak empat acara disertai iaitu 100m, 200m, lompat jauh dan lontar peluru.
Keputusan bagi penyertaan tahun ini amat menggalakan tapi boleh dipertingkatkan lagi untuk tahun 2016.
Syabas buat team SKPK Jalan Peel.



Wednesday, March 25, 2015

Road Run 2015

Unit Kokurikulum SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah mengelolakan Road Run bagi tahun 2015.
Program ini dijalankan di Taman Tasik Seri Permaisuri.
Penyertaan adalah melibatkan semua murid yang dipecahkan mengikut tahap keupayaan murid itu sendiri.
Semoga program ini akan dijalankan lagi pada tahun 2016.



Thursday, February 26, 2015

Majlis Persaraan Puan Ramnah Binti Tani

Kami warga sekolah SKPK Jalan Peel amat terharu di atas majlis persaraan Puan Ramnah.
Segala jasa dan pengorbanan Puan Ramnah di SKPK Jalan Peel amat kami hargai.
Kami berharap Puan Ramnah akan sentiasa merindui dan mengingati kami di sini.
Selamat maju jaya Puan Ramnah Binti Tani.








Friday, February 13, 2015

Pasca UPSR Tahun 2015

Acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan khas untuk ibubapa murid tahun 6.
Kesemua ibubapa yang hadir diberikan pendedahan tentang subjek UPSR yang bakal diduduki oleh anak-anak mereka pada bulan September ini.
Semoga program ini mendapat kebaikan bagi semua pihak.


Thursday, February 12, 2015

Anugerah Bestari YPC

Anugerah YPC diadakan sempena sambutan ulang tahun YPC kali ke 15.
Anugerah ini diadakan di Berjaya Times Square.
Ia telah dirasmikan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Bagi SKPK Jalan Peel, anugerah ini telah disandang oleh Cik Zarina Binti Ahmad.
Semoga semua akan terus maju jaya di masa hadapan.


Wednesday, February 4, 2015

Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Pemeriksaan gigi telah dijalankan terhadap semua murid SK Pendidikan Khas Jalan Peel.
Pemeriksaan ini dijalankan di SK Jalan Peel dan bermula selepas rehat.
DIharapkan agar semua murid dapat menjaga kebersihan gigi supaya sentiasa bersih dan sihat.


Monday, February 2, 2015

Program Transisi Tahun 2015

Program Transisi merupakan satu program khas untuk semua murid yang memasuki tahun 1.
Ia dijalankan selama tiga minggu bermula 12 - 30 Januari 2015.
Diharapkan agar semua murid yang menjalani transisi dapat menyesuaikan diri dan berasa seronok untuk datang ke sekolah setiap hari.



Monday, January 26, 2015

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Majlis perlantikan pengawas diadakan di dataran SKPK Jalan Peel.
Ketua Pengawas Sekolah diamanahkan kepada adik Thesighan a/l Sivanathan dari tahun 6P.
Ketua Pusat Sumber Sekolah diamanahkan kepada adik Lim Yu Sheng dari tahun 6P.
Diharapkan barisan pengawas dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.




Friday, January 23, 2015

Bacaan Yasinn dan Tahlil Januari

Bacaan Yasin dan tahlil adalah program bulanan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.
Program ini dijalankan pada pagi Jumaat setiap minggu terakhir setiap bulan.
Semoga program ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Amin.


Monday, January 12, 2015

Sesi Awal Persekolahan Tahun 2015

Selamat tahun baru 2015 dan Salam Maal Hijrah.
Sesi persekolahan tahun ini bermula pada 12/1/2015.
Diharapkan pencapaian semua warga SKPKJP akan terus meningkat dari segi pengurusan, kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.
Amin...