Monday, March 28, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

Majlis ini telah diadakan di Dewan UMNO Cheras dan dihadiri oleh semua warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Seramai tiga orang warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel menerima anugerah bagi perkhidmatan cemerlang mereka pada tahun 2015. 

Senarai penerima APC Tahun 2015

1. Encik Mohd Redzuan Bin Bajri
2. Encik Mohd AlHafiz Bin Omar
3. Puan Siti Normah Binti Itar

Tahniah dan syabas ke atas mereka. Semoga kecemerlangan mereka akan dijadikan motivasi buat warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel yang lain. Amin...





Saturday, March 26, 2016

Gotong Royong Perdana Bersama PIBG Tahun 2016

PIBG SK Pendidikan Khas Jalan Peel dan pihak sekolah telah bersepakat untuk mengadakan gotong royong pada tahun ini. Gotong royong ini bertujuan mengindahkan dan membersihkan kawasan sekolah, menyusun atur segala aset dengan lebih tersusun serta kemas dan menyimpan barang pelupusan setempat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan serta keakraban antara ibubapa dengan warga sekolah. Tahniah di atas usaha dan gerak kerja semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Syabas...





Thursday, March 24, 2016

Program Konsultasi dan Kecemerlangan Akademik Tahun 2016

Ibubapa murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dijemput hadir ke Program Konsultasi dan Kecemerlangan Akademik Tahun 2016. Pencapaian akademik, pendedahan subjek UPSR mengikut format terkini dan sesi motivasi bersama penceramah jemputan adalah intipati program ini. Pada tahun 2016, format UPSR telah mengalami perubahan seiring dengan dasar pendidikan baru iaitu KSSR. Diharapkan ibubapa yang hadir dapat mengetahui serta memotivasi diri anak-anak mereka semasa di rumah. Tahniah kepada unit kurikulum sekolah yang menganjurkan program ini serta ibubapa yang hadir.




Wednesday, March 23, 2016

Kejohanan Road Run Tahun 2016

Road Run kembali lagi buat tahun ini. Kejohanan ini diadakan di Taman Tasik Permaisuri dengan penyertaan dari semua murid mengikut kategori yang ditetapkan. Pada tahun ini, kejohanan ini diadakan seawal pagi bagi mengelakan bahang cuaca panas. Murid-murid dikehendaki berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan. Selepas tamat larian, semua diberi makan dan minum disusuli pula dengan pembahagian hadiah. Semoga semua mendapat manfaat dari kejohanan ini. Tahniah dan syabas kepada unit kokurikulum SK Pendidikan Khas Jalan Peel.






Monday, March 7, 2016

Kehadiran Penuh Murid Bulan Januari & Februari

Pihak sekolah di bawah unit HEM akan memberikan penghargaan kepada mana-mana murid yang mencatat kehadiran penuh bagi setiap bulan. Hari ini diadakan penyampaian hadiah bagi murid yang hadir penuh bagi bulan Januari dan Februari. Semoga penghargaan ini akan memberi dorongan kepada mereka dana murid-murid lain untuk mencatat kehadiran penuh ke sekolah.