Sunday, October 20, 2013

KARNIVAL PERMAINAN RAKYAT (9 OKTOBER 2013)

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang. Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggungjawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. bagi memenuhi keperluan ini maka, Unit Kokurikulum Sek Keb Pendidikan Jalan Peel terpanggil untuk melaksanakan Program Karnival Rakyat. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan permainan tradisional agar tidak dilupakan. Antara permainan rakyat yang dipertandingkan ialah congkak, baling guli, ketingting, batu seremban, galah panjang dan tuju selipar yang merupakan permainan popular satu ketika dahulu.

PROGRAM HARI BESTARI 2013 (4 OCT 2013)


Hari Bestari merupakan satu aktiviti yang dirancang oleh Pusat Sumber sekolah yang melibatkan panitia Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Program sebegini akan dapat membimbing dan membantu pelajar meningkatkan mutu pelajaran dan juga menilai keupayaan kendiri sedia ada murid. Program ini juga menggalakkan murid-murid supaya mengaplikasikan pengetahuan sediaada murid semasa menjalankan aktiviti di luar darjah serta dapat merasai keseronokan  dan kelainan dalam pembelajaran.