Monday, February 29, 2016

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2016

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlit-atlit dari SK Pendidikan Khas Jalan Peel yang telah mendapat kejayaan di Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2016. Kejohanan ini diadakan di Stadium Mini Seri Permaisuri. Seramai 13 orang atlit telah menyertai acara seperti 100m, 200m , 4 x 100m, lompat jauh dan lontar peluru. Para atlit SK Pendidikan Khas Jalan Peel telah menunjukan saingan yang berterusan kepada sekolah lain. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa hadapan. Amin....






Saturday, February 20, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27

Pada 20 Februari 2016 telah diadakan mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2016. Tujuan mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membubarkan jawatankuasa tahun 2015 dengan melantik jawatankuasa yang baru bagi sesi 2016. Penglibatan daripada ibubapa amat mengalakkan. Sebelum mesyuarat ini berlangsung, diadakan perjumpaan ibubapa dengan guru kelas bagi mendapatkan pencapaian target untuk anak-anak mereka pada tahun ini. Mesyuarat dimulakan dengan laporan tahun 2015,pembubaran AJK yang lama, disusuli dengan pelantikan AJK yang baru. Diharapkan dengan perlantikan AJK bagi tahun 2016 ini, akan mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa. Amin




Thursday, February 18, 2016

Sehari Bersama LendLease

Sebuah syarikat koporat iaitu LendLease telah mengadakan CSR di SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Seramai 120 orang dari pihak LendLease hadir. Antara pengisian yang mereka telah lakukan adalah aktiviti bersama murid dan mengindahkan persekitaran sekolah. Mereka telah mengecat dan menanam pokok di sekitar kawasan sekolah bagi mewujudkan suasana kehijauan. Sebahagian daripada mereka bersama murid bagi aktiviti membenihkan pokok dan aktiviti mewarna. Kesemua murid mendapat cenderahati dari pihak LendLease. Semoga pihak LendLease akan sudi lagi hadir ke SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Terima kasih kerana sudi ke sekolah kami..