Sunday, June 24, 2012

Hari Mesra bersama ibu bapa

Program : Majlis Hari Mesra 2012 SK Pendidikan Khas Jalan Peel
Tarikh : 22 Jun 2012
Masa : 10.30-12.05 tengahari


               Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa merupakan role model atau ikutan yang pertama bagi diri anak-anak. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. Justeru, ibu bapa yang mempunyai tingkah laku yang baik akan menjadi contoh atau teladan untuk diikuti oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Seperti kata pepatah,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
               Pada 22 Jun 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Hari Mesra bersama ibu bapa murid-murid SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Program ini bertujuan bagi membincangkan mengenai prestasi akademik anak-anakdan membincangkan masalah dan jalan penyelesaian  yang dihadapi oleh murid-murid dalam mata pelajaran yang dianggap lemah untuk dikuasai . Selain itu juga dapat mengeratkan lagi kemesraan antara guru-guru dan ibu bapa. 
             Saksikan gambar gelagat ibu bapa dan guru serta murid-murid yang sempat diambil  sepanjang majlis tersebut.









                 Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada  dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak

Wednesday, June 20, 2012

Program selaut Kasih Insan Istimewa anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

                Progam Selaut Kasih Insan Istemewa ini di anjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di mana mengambil saranan YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya pada majlis Perdana Perkhidmatan  Awam Ke 11 (MAPPA XI) supaya penjawat awam turun padang untuk lebih dekat dengan masyarakat.
               Tanggal 20 Jun 2012 KPT telah mengadakan program "Selaut Kasih Insan Istimewa" di SK Pendidikan Khas, Jalan Peel. Warga kerja dan staff SKPKJP turut memberi kerjasama di dalam menjayakan program ini. Objektif utama program ini bertujuan :-
  • memaksimumkan potensi perkembangan kanak-kanak istemewa
  • menyemarakkan kasih sayang
  • meningkatkan kreativiti dan daya pemikiran kanak-kanakistemewa
  • membentuk sikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan
  • memberi kesan positif yang berterusan kepada kanak-kanak istemewa














             Diharapkan program ini menjadi pemangkin kepada pegawai-pegawai kerajaan amnya supaya lebih responsif terhadap aspirasi dan lebih prihatinkepada denyut nadi rakyat selaras dengan seruan kerajaan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

Sunday, June 10, 2012

Perkhemahan Jati Diri 1 Malaysia (15-16 Jun 2012)

"Perkhemahan Jati Diri 1 Malaysia" anjuran Bahagian Kokurikulum SK Pendidikan Khas Jalan Peel Kuala Lumpur  bermula 15-16 Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu ).

Para peserta dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang (Jumaat) dan akan kembali ke sekolah pada pukul 4 petang (Hari Sabtu).

Para peserta akan mengalami sendiri kehidupan di tengah rimba ,menguji minda dan fizikal di dalam suasana kehidupan yang penuh cabaran.

Di sana,para peserta akan diiringi oleh beberapa orang guru yang terpilih.Kesungguhan dan komitmennya dalam mengikuti kem perkhemahan.

Diharap dengan pendedahan ini para peserta akan mengalami pengalaman pahit dan manis di dalam kehidupan yang penuh cabaran ini.Hanya mereka yang berkeyakinan tinggi dan sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan dapat merasai pengalaman berharga ini.

Semoga semua peserta tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi kelak.

( Luahan hati nurani : Penolong Kanan Kokurikulum : Azman Harun )

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.

“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.

“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.

“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.

Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.

Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.

“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka gaji mereka sama dengan guru baru, lagi pun kebanyakan guru ini juga sudah hampir tempoh bersara,” katanya.