Wednesday, August 18, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak





Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.




Hadis Rasulullah mengenai penilaian amalan puasa disisi Allah....



HADIS 1
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."


 Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibnu Habban dan Baihaqi



 

HADIS 2




"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."




Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

 


HADIS 3
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi

 



HADIS 4
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi



Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DALAM BULAN RAMADHAN...(SOLAT SUNAT TERAWIH)

 


Solat sunat yang dikerjakan selepas solat insyak pada Bulan Ramadhan. Boleh dilakukan samada 8 atau 20 rakaat. Solat terawih boleh ditunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Solat terawih juga adalah ciri-ciri keistimewaan bulan Ramadhan yang besar. Ini disebabkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja dilakukan solat sunat terawih dan tidak terdapat langsung dalil yang menyatakan pada bulan Islam yang lain juga dikerjakan solat sunat terawih. Antara kelebihan dan kebaikan solat sunat terawih dinyatakan seperti berikut:
 1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama






Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua




Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.










3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga




Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.










4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat




Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.










5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima




Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.










6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam




Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.










7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh




Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.










8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan




Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.










9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan




Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.










10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh




Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.










11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas




Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.










12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas




Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.










13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas




Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.










14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas




Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.










15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas




Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.










16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas




Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.










17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas




Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.










18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas




Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).










19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas




Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.










20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh




Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.










21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu




Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.










22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua




Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.










23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga




Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.










24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat




Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.










25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima




Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.










26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam




Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.










27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh




Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.










28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan




Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.










29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan




Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.










30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh




Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar






Monday, August 16, 2010

KEM MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010 (6 - 8 Ogos 2010)


SILA KLIK 2 X PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Pada 6 - 8 Ogos 2010 Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah mengikuti "KEM MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010" bertempat di Bagan Lalang Beach Resort.Kem ini telah disertai juga oleh semua Guru Disiplin dan Guru Pusat Sumber Sekolah.Moga segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi murid-murid di sana akan menjadi suntikan semangat untuk mereka di dalam aspek kepimpinan dan tugas.Syabas dan jutaan terima kasih buat semua Guru Disiplin Sekolah yang diterajui oleh Puan Oi , En Ustaz Faiz , En Khairul ,Guru Pengawas Pusat Sumber ( Puan Evanie Pagok ) , Guru Kaunsling ( Cik Norhanum ) , Guru UPSR Puan Jurina dan Puan Lee Seng Kiat terutamanya GPK HEM Cik Zarina dan seluruh guru dan staf yang menjayakan program yang julung-julung kalinya ini.

LAWATAN KE PROGRAM KELAB RUKUN NEGARA SK PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN LELAKI) JALAN BATU ,KUALA LUMPUR

Pada 4 Ogos 2010 Persatuan Kelab Rukun Negara SKPKJP telah mengikuti Lawatan ke Program Pelancaran Kelab Rukun Negara Anjuran SK Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Lelaki Jalan Batu ,KL.Lawatan ini telah diiringi Oleh Tuan Haji Azman mewakili Guru Besar,Cikgu Evanie Pagok ( Guru Penasihat Kelab Rukun Tetangga sekolah ) , Ustaz Faiz dan Cikgu Nor Hanum serta murud-murid yang terdiri daripada 20 orang.Program tersebut adalah untuk mengeratkan ukhwah antara sekolah dan mengembangkan idea bagaimana untuk memantapkan Kelab Rukun Negara SKPKJP sendiri

PROGRAM SAMBUTAN BULAN-BULAN ISLAM 2010 PERINGKAT SEKOLAH

Panitia Pendidikan Agama Islam dan Moral Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sambutan Bulan-Bulan Islam bermula Isnin ( 19 Julai 2010 ) - Jumaat ( 23 Julai 2010 ).Antara aktiviti yang diadakan ialah mengedarkan Tabung Infa` Jariah kepada seluruh warga SKPKJP untuk menjayakan Program Ihya` Ramadhan sekolah yang akan datang.Seterusnya diadakan Pelancara Program Sambutan Bulan-Bulan Islam peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Guru Besar Encik Omar Bin Sujak.Dan sepanjang program tersebut diadakan pertandingan Melukis dan Mewarna Tulisan Khat untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2.Seterusnya tayangan Kartun Islam telah dipertontonkan kepada murid-murid Islam dan Tayangan Slide kepada murid-murid bukan Islam.

Ustaz Mohd Faizudin Bin Abdullah Bokhari telah dijemput menyampaikan Ceramah bertajuk " Ahlan Wasahlan Marhaban Al-Mubarak" dan seterusnya persembahan Lakonan mantap Bertajuk "Sifat Mahmudah dan Mazmumah) oleh murid-murid serta Guru Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur ( Gabungan Guru Tetap dan Praktikal ).Dan Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh Guru Besar.







( TOKOH PROGRAM BULAN PENGHAYATAN ISLAM : Selamat kembali Puan Wan Rose yang anggun tampil dengan WAJAH TERKINI ke sekolah setelah setengah tahun menjalani cuti rehat akibat nahas jalan raya yang penuh tragis)

HARI BESTARI SKPK PENDIDIKAN KHAS JLN PEEL,KUALA LUMPUR (14 Januari 2010 )

Tanggal 14 Julai 2010 Guru-Guru Praktikal Semester 8 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Ilmu Khas,Cheras Kuala Lumpur ( IPGM IK) telah menganjurkan "Program Sambutan Hari Bestari Sekolah 2010 " untuk Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur.Pihak sekolah mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Program Hari Bestari Sekolah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jln Peel,Kuala Lumpur ini dengan penuh gilang gemilang ini dengan bantuan guru-guru dan Staf SKPKJP ini sendiri.Moga program yang penuh bermanfaat dan ilmiah ini meninggalkan kesan dan memberikan kenangan terindah untuk semua warga SKPKJP.

LATIHAN DAN DEMONTRASI MEMADAMKAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JALAN PUDU,KUALA LUMPUR( ISNIN - 5 JULAI 2010 )


Pada Hari Isnin 5 Julai 2010 Jam 10.00 Pagi, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur telah mengadakan sesi latihan kebakaran peringkat sekolah.Loceng kecemasan telah dinyalakan tepat jam 10.05 minit pagi dan kesemua orang yang berada di dalam sekolah diminta mengosongkan bangunan sekolah dan bergerak keluar kawasan sekolah dengan kadar sepantas mungkin.Programi ini diteruskan dengan menjemput pihak anggota Bomba dan Penyelamat Jalan Pudu Kuala Lumpur memberikan taklimat dan membuat demontrasi memadamkan kebakaran dengan kaedah yang betul.Beberapa orang guru,staf dan murid diminta melakukan Praktikal memadamkan api dengan teknik dan kaedah yang betul dan tepat.Murid-murid juga didedahkan dengan kenderaan rasmi anggota bomba dan penyelamat serta kelengkapan menyelamat yang di bawa oleh pihak bomba tersebut.Selepas itu Anggota Bomba tersebut turut mengadakan sesi soal jawab dan perbincangan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid serta staf sekolah betapa bahayanya kebakaran.Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti ini diadakan :












Puan Nor Aziah Dalam Kenangan

Warga SKPKJP mengucapkan "SELAMAT BERTUKAR" kepada Puan Nor Aziah yang kini sudah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Star,Kedah Darul Aman.Puan Nor Aziah merupakan Guru Veteran yang bertugas di SK Pendidikan Khas Jln Peel,Kuala Lumpur ini sejak SK Pendidikan Khas Jln Peel ini dibuka lagi.Beliau merupakan Guru Media dan Perpustakaan SKPKJP sebelum ini.Jasa beliau akan sentiasa menjadi ingatan dan kenangan buat seluruh warga SKPKJP.Semoga beliau berbahagia bertugas di sekolah dan suasana yang baru kami ucapkan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI SEMBILAN ( 25 dan 26 Jun 2010 )

Pada 26 dan 27 Jun 2010 ( Jumaat dan Sabtu baru-baru ini Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Sembilan Darul Khusus..Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Rembau Crystal di Rembau,Kilang Yakult di Seremban 2,Muzium Kota Lukut,Muzium Tentera Darat Pord Dickson,Pameran Maritim (Pertunjukkan Hidupan Laut ), Telok Kemang.Murid-murid,Guru dan Staf SKPK Jln Peel,Kuala Lumpur menginap di Apartment Glory Beach Resort.Semoga lawatan penuh ilmiah ini akan memberikan manfaat dan pengalaman penuh bermakna buat semua warga SKPK Jln Peel,Kuala Lumpur.