Sunday, June 10, 2012

Perkhemahan Jati Diri 1 Malaysia (15-16 Jun 2012)

"Perkhemahan Jati Diri 1 Malaysia" anjuran Bahagian Kokurikulum SK Pendidikan Khas Jalan Peel Kuala Lumpur  bermula 15-16 Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu ).

Para peserta dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang (Jumaat) dan akan kembali ke sekolah pada pukul 4 petang (Hari Sabtu).

Para peserta akan mengalami sendiri kehidupan di tengah rimba ,menguji minda dan fizikal di dalam suasana kehidupan yang penuh cabaran.

Di sana,para peserta akan diiringi oleh beberapa orang guru yang terpilih.Kesungguhan dan komitmennya dalam mengikuti kem perkhemahan.

Diharap dengan pendedahan ini para peserta akan mengalami pengalaman pahit dan manis di dalam kehidupan yang penuh cabaran ini.Hanya mereka yang berkeyakinan tinggi dan sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan dapat merasai pengalaman berharga ini.

Semoga semua peserta tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi kelak.

( Luahan hati nurani : Penolong Kanan Kokurikulum : Azman Harun )

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.

“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.

“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.

“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.

Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.

Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.

“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka gaji mereka sama dengan guru baru, lagi pun kebanyakan guru ini juga sudah hampir tempoh bersara,” katanya.

Wednesday, March 21, 2012

Program Fun With Mathematic & Sains (2 Mac 2012)

En Khairul memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti Math
Terpampang kegembiraan Guru Praktikum menjalani aktiviti ini
Murid-murid sedang menjalankan aktiviti Math




Cikgu Zarina sedang mengendalikan eksperimen dalam Fun with Science

Cikgu Farrah sedang mengendalikan aktiviti Fun with Science


Peneraju utama dalam mengendalikan Fun with Science (Cikgu Redzuan)

Kemesraan antara guru dan murid.inilah yang dikatakan guru yang penyayang.

Ustaz Faizuddin sedang memerhatikan murid beraktiviti.
Adik Chak antara murid harapan UPSR 2012

Monday, March 19, 2012

Selamat Pengantin Baru Cikgu Faizal (Guru Perpustakaan & Multimedia) 10 Mac 2012

Tanggal 10 Mac 2012 bersamaan Hari Sabtu baru-baru ini.Cikgu Nik Faizal ( Guru Perpustakaan & Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel , Kuala Lumpur telah menamatkan zaman bujangnya dan selamat melangsungkan majlis akad nikahnya di Masjid Khairiah Sri Gombak , Kuala Lumpur bersama pasangan tercinta.Warga SKPKJP mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" & moga berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama pasangannya.Berikut gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis akad nikah tersebut berlangsung : -

Friday, March 2, 2012

Selamat datang guru-guru Praktikal dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur semester 7

dari kiri cikgu Raja Norsakinah , Naimah Che Mohd Noor , Liyana Johari , Zuriani Dahman

Selamat datang guru baru ke keluarga SKPKJP

En Norazmi Bin Nordin
 
En Muhammad Safuan Bin Ashari
 
 
Cik Shamila Nair A/P Chandran
 
En Rafiuddin Bin Mohd Isa