Monday, February 2, 2015

Program Transisi Tahun 2015

Program Transisi merupakan satu program khas untuk semua murid yang memasuki tahun 1.
Ia dijalankan selama tiga minggu bermula 12 - 30 Januari 2015.
Diharapkan agar semua murid yang menjalani transisi dapat menyesuaikan diri dan berasa seronok untuk datang ke sekolah setiap hari.



Monday, January 26, 2015

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Majlis perlantikan pengawas diadakan di dataran SKPK Jalan Peel.
Ketua Pengawas Sekolah diamanahkan kepada adik Thesighan a/l Sivanathan dari tahun 6P.
Ketua Pusat Sumber Sekolah diamanahkan kepada adik Lim Yu Sheng dari tahun 6P.
Diharapkan barisan pengawas dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.




Friday, January 23, 2015

Bacaan Yasinn dan Tahlil Januari

Bacaan Yasin dan tahlil adalah program bulanan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.
Program ini dijalankan pada pagi Jumaat setiap minggu terakhir setiap bulan.
Semoga program ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Amin.


Monday, January 12, 2015

Sesi Awal Persekolahan Tahun 2015

Selamat tahun baru 2015 dan Salam Maal Hijrah.
Sesi persekolahan tahun ini bermula pada 12/1/2015.
Diharapkan pencapaian semua warga SKPKJP akan terus meningkat dari segi pengurusan, kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.
Amin...



Wednesday, November 26, 2014

Sekitar Keputusan UPSR 2014

Keputusan UPSR telah diumumkan.
Seramai dua daripada 15 calon lulus dalam semua pelajaran.
Diharapkan kecemerlangan pada peringkat rendah akan diteruskan ke peringkat menengah.
Tahniah kepada semua calon.



Monday, November 24, 2014

Kejohanan Boling BKGK 2014

BKGK Skpk Jalan Peel telah mengadakan kejohanan boling di Berjaya Times Square.
Semua guru dan staf telah menyertai kejohanan ini yang diadakan secara berkumpulan.
Keriangan terpancar di wajah setiap peserta.



Friday, November 14, 2014

Karnival Sukan Sekolah Pendidikan Khas Tahun 2014

Kejohanan Sukan Pendidikan Khas diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang bermula 14 November - 17 November 2014.
Kejohanan ini membabitkan semua SKPK dan SMPK di seluruh Malaysia.
Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton dan memanah.
Semoga pencapaian pada tahun ini akan lebih baik pada tahun 2015.
Majulah Sukan Pendidikan Khas.