Monday, August 16, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Sekolah ( 21/5/2010)

Pada Hari Jumaat bersamaan 21/5/201o Kelab Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SK Pendidikan Khas Jalan Peel,KL telah menganjurkan Hari Guru Peringkat Sekolah... Antara Acara yang diadakan ialah... *Bacaan Perutusan Dari Menteri Pendidikan , Ketua Pengarah Pendidikan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. * Persembahan Guru-guru lelaki ( Pentomen yang dilakonkan oleh Ustaz Faiz , Cikgu Khairol ,Cikgu Redzuan , Cikgu Mihajol dan Ustazah Noraziah Daud. berjudul " Balasan Murid Tidak Beradab Dengan Guru " * Persembahan Tarian Murid-murid * Persembahan Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Perempuan ( Nyanyian Duet oleh Teacher Evanie Pagok , Cik Fazrina , Puan Agnita , Cik Afidah dan Cik Normah ) Seterusnya diadakan Upacara Sukaneka Antara Guru-Guru dan Pembantu Pengurusan Murid..begitu mantap dan beraksi sekali pertarungan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.Murid-murid penjadi penyokong setia kepada guru-guru dan kakak kakak PPM mereka ketika upacara pertandingan dijalankan. Seterusnya upacara pertukaran hadiah sesama ahli kelab BKGK SKPKJP dan Jamuan. " MAJULAH SUKAN DAN UKHWAH SKPKJP "






Program Bijak Sains & Matematik (24 April 2010)

Pada Hari Sabtu ( 24 / 4 / 2010 ) Panatia Matematik dan Panitia Sains telah menganjurkan "Program Bijak Sains dan Matematik ".Pelbagai aktiviti dan permainan menariik diadakan sepanjang Program ini untuk mengujii tahap kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Sains dan Matematik.Semua murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 ,guru-guru dan Guru Praktikal terlibat bagi menjayakan Program yang julung-julung kalinya ini.


Syabas diucapkan untuk semua yang terlibat,semoga Panitia Sains dan Matematik akan menganjurkan pelbagai lagi aktiviti menarik di masa akan datang untuk membantu memberikan kefahaman dan kesedaran yang lebih mendalam kepada murid-murid kategori bermasalah pendengaran di sekolah ini tentang keunikkan dan betapa pentingnya matapelajaran Sains dan Matematik di masa kini.






MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH ( 19 - 23 APRIL 2010 )

Sekolah Pendiikan Khas Jalan Peel 55100 Kuala Lumpur telah mengadakan "Minggu Pendidikan Pencegahan Anti Dadah" Peringkat Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel,55100 Kuala Lumpur




Tarikh : 19 April - 23 April 2010
Hari : Isnin - Jumaat
Jam : 7.45 Pagi - 1.00 Petang
Penceramah Jemputan : Agensi Dadah Kebangsaan






Aktiviti : Pameran Pendidikan Pencegahan Anti Dadah daripada Agensi Dadah Kebangsaan , Pembacaan Perutusan Dari Polis Di Raja Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan Serta Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah,Persembahan Guru,Persembahan Guru Praktikal dan Persembahan murid-murid berkaitan Najis Dadah dan Rokok.


" DADAH MUSUH NEGARA "






Program Kesihatan ( Cara Penjagaan Gigi ) Anjuran Hal Ehwal Murid Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel,55100 Kuala Lumpur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada Hari Rabu ( 14 April 2010), Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel 55100 Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Kesihatan dibawah Pentadbiran HEM dimana murid-murid telah mendapat pemeriksaan gigi dan rawatan gigi secara percuma daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Guru-Guru " PRAKTIKAL " dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas , Cheras Kuala Lumpur 2010 dalam KENANGAN

Dari kiri Mathia , Syazwan , Syam dan Khairol ( Semester 4 IPGM Kampus Ilmu Khas ) bersama Guru Besar dan PK Kurikulum Sekolah Pendidikan Khas Jln Peel,Kuala Lumpur




Dari kiri : Wani , Syafik , Rizal dan Mimi ( Semester 6 IPGM Kampus Ilmu Khas)

HARI SUKAN SEKOLAH 2010

( JUARA )


- Rumah MERAH -



Karnival Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Tahun 2010 di SK Pendidikan Khas Jln Peel Kuala Lumpur Keluar Akhbar Sinar Harian



Tahniah Kepada Rumah Merah yang menjuarai kejohanan ini meninggalkan pencabar terdekatnya Rumah Kuning ( Naib Johan ) dan Rumah Biru ( Tempat Ketiga )