Tarikh : 22 Jun 2012
Masa : 10.30-12.05 tengahari
Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah
anak-anak. Ibu bapa merupakan role model atau ikutan yang pertama bagi diri
anak-anak. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah
anak-anak. Justeru, ibu bapa yang mempunyai tingkah laku yang baik akan menjadi
contoh atau teladan untuk diikuti oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
Seperti kata pepatah,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pada 22 Jun 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Hari Mesra bersama ibu bapa murid-murid SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Program ini bertujuan bagi membincangkan mengenai prestasi akademik anak-anakdan membincangkan masalah dan jalan penyelesaian yang dihadapi oleh murid-murid dalam mata pelajaran yang dianggap lemah untuk dikuasai . Selain itu juga dapat mengeratkan lagi kemesraan antara guru-guru dan ibu bapa.
Saksikan gambar gelagat ibu bapa dan guru serta murid-murid yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut.
Jelaslah
bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada
dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan
dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan
anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak