Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak 1433 h

          Setahun berlalu, kini Ramadan Al Mubarak tiba lagi. satu-satunya bulan yang telah dijanjikan Allah S.W.T Rahmat yang melimpah ruah bagi mereka yang meraikan kedatangannya dengan menghidupkan hari-hari dan malamnya. Sesungguhnya setiap detik sepanjang bulan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Yang pasti sebagai mukmin yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah S.W.T, kedatangannya akan disambut dengan penuh kesyukuran. Bersama-samalah kita bersedia ke arah mempertingkatkan amalan mulia serta menjadikannya masa yang paling baik untuk membentuk kembali sahsiah dan personaliti sebagai individu muslim yang sejati.



Ulfa Safira mewakili SKPKJP ke "Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan" 2012

Sekali lagi adik Ulfa Safira dari Tahun 6A telah terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke "Pertandingan Bercerita" di "Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan" bertempat di Hotel Kinta Waterfront Ipoh,Perak Darul Ridzuan pada 2 - 5 Julai 2012.Alhamdulillah adik Ulfa Safira telah berjaya menyandang tempat ke empat dari 13 peserta setiap Negeri masing-masing.Tahniah di ucapkan kepada Adik Ulfa Safira dan guru-guru Panitia Pendidikan Islam yang bertungkus lumus melatih tanpa jemu dan bersungguh-sungguh.Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Majlis berlangsung.



Sunday, July 22, 2012

Hari Memperkayakan minda dan "Grammar Genius" di bawah panitia Bahasa Melayu dan Bhasa Inggeris (19 Julai 2012)

Pada 19 Julai 2012 iaitu hari Khamis, Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah mengadakan  program bersama iaitu "Hari Memperkayakan Minda" dan "Grammar Genius". Program ini melibatkan kerjasama semua guru-guru dan guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK). Program ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk interaktif yang melibatkan semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Tahniah diucapkan kepada Pn Jurina (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dan Pn Azizah Talib (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.















Kem Kecemerlangan UPSR 2012 di Nur Bukit Unggul, Dengkil pada 13-14 Julai 2012


Bertempat di Nur Bukit Unggul, Dengkil telah diadakan Kem Kecemerlangan UPSR pada 13 hingga 14 Julai 2012 yang melibatkan semua murid tahun 6 dan tahun 5. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi  motivasi kepada murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi disamping membentuk murid agar bersahsiah mulia. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah diatur sepanjang progam tersebut supaya murid-murid mendapat satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka.
Ribuan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat yang telah banyak bertungkus lumus menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR 2012 pada kali ini.
            Diharapkan dan warga SKPKJP sentiasa mendoakan calon UPSR 2012 pada kali ini mendapat keputusan yang membanggakan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah.
















Sunday, July 8, 2012

lawatan sambil belajar ke Muziun Negara (5.7.2012)

    

           

                    Tanggal  5.7 2012 pihak sekolah telah mengadakan  lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di bawah kelolaan Unit kokurikulum SKPKJP yang di ketuai oleh Tuan Haji Azman Bin Harun. Program ini adalah aktiviti tahunan yang dirancang megikut takwim Kokurikulum 2012. Berikut adalah gambar yang sempat di ambil sepanjang lawatan singkat tersebut di Muzium Negara.

























 Sedikit fakta dan peranan  muzium 
Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan serta peranan yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti dijalankan dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya :- 

Muzium sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara. 
 Muzium mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi menyelamatkan dan memelihara warisan manusia dan persekitarannya. Aktiviti menyelamatkan dan memulihara disusuli dengan perlengkapan maklumat dan dokumentasi sebelum dibuku dan diterbitkan untuk sebaran kepada umum. Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai pencari dan pengumpul maklumat untuk orang ramai.
Muzium sebagai penyebar maklumat dan mendidik masyarakat.
Penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang tertentu adalah salah satu fungsi utama Muzium. Pameran-pameran dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun merupakan satu cara penting menarik orang ramai ke Muzium sekaligus menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Selain itu, hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dijalankan diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, journal dan lain-lain lagi untuk diedar disalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya. Cara ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya sendiri.Dalam usaha penyebaran maklumat, Muzium Negeri mengambilkira semua golongan peringkat masyarakat. Ini kerana Muzium berpegang kepada konsep " Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, oleh itu Muzium perlu pergi kepada mereka ".

Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri. 
 Aktiviti-aktiviti Muzium seringkali selari dengan matlamat mengenai semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya budaya warisan dipelihara. Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara budaya warisan.


Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri.
Aktiviti-aktiviti Muzium seringkali selari dengan matlamat mengenai semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya budaya warisan dipelihara. Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara budaya warisan.