Tanggal 5.7 2012 pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di bawah kelolaan Unit kokurikulum SKPKJP yang di ketuai oleh Tuan Haji Azman Bin Harun. Program ini adalah aktiviti tahunan yang dirancang megikut takwim Kokurikulum 2012. Berikut adalah gambar yang sempat di ambil sepanjang lawatan singkat tersebut di Muzium Negara.
Sedikit fakta dan peranan muzium
Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan
negara. Sumbangan serta peranan yang dizahirkan melalui
aktiviti-aktiviti dijalankan dapat dilihat daripada beberapa aspek.
Antaranya :-
Muzium sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara.
Muzium mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi
menyelamatkan dan memelihara warisan manusia dan persekitarannya.
Aktiviti menyelamatkan dan memulihara disusuli dengan perlengkapan
maklumat dan dokumentasi sebelum dibuku dan diterbitkan untuk sebaran
kepada umum. Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai pencari
dan pengumpul maklumat untuk orang ramai.
Muzium sebagai penyebar maklumat dan mendidik masyarakat.
Penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang
tertentu adalah salah satu fungsi utama Muzium. Pameran-pameran
dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun merupakan satu cara
penting menarik orang ramai ke Muzium sekaligus menyampaikan maklumat
kepada masyarakat. Selain itu, hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang
dijalankan diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, journal dan
lain-lain lagi untuk diedar disalurkan ilmu pengetahuan kepada
masyarakat keseluruhannya. Cara ini diharapkan dapat melahirkan
masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan
budaya sendiri.Dalam usaha penyebaran maklumat, Muzium Negeri
mengambilkira semua golongan peringkat masyarakat. Ini kerana Muzium
berpegang kepada konsep " Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, oleh
itu Muzium perlu pergi kepada mereka ".
Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri.
Aktiviti-aktiviti Muzium seringkali selari dengan matlamat mengenai semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya budaya warisan dipelihara. Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara budaya warisan.

Aktiviti-aktiviti Muzium seringkali selari dengan matlamat mengenai
semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan
sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat
membuka mata masyarakat betapa perlunya budaya warisan dipelihara.
Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi
mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara
budaya warisan.
No comments:
Post a Comment