Monday, July 29, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE 23

            Pada 15 JUN 2013 yang lepas, SK Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel  telah mengadakan acara berprestij iaitu Kejohanan Sukan Tahunan ke 23. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita.  Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa.  Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran. 
                Pihak sekolah juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan.  Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.  Pada masa itu, mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan.  Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh.  Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama.  Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya.  Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah.
                  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Azman bin Harun selaku GPK Kokurikulum seterusnya guru-guru rumah sukan  yang banyak memberi sokongan padu dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. SYABAS !!



































MEMPERKAYAKAN MINDA

              Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti tahunan panitia yang banyak membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Adalah merupan tanggungjawab Panitia Bahasa Malaysia  untuk memastikan komponen yang penting dalam kurikulum Bahasa Malaysia di ajar dan diperkukuhkan dalam pembelajaran dan pengajaran setiap hari. ini adalah sejajar dengan perlaksanaan "Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" (MBMMBI) yang dilaksanakan di seluruh sekolah di Malaysia.
               Program ini dilaksanakan pada 16 Julai 2013 pada 10.05 pagi hingga 1.05 petang dan sasaran program ini adalah murid tahun satu hingga tahun 6.





WORDS ON THE STREET

                  Program ini merupakan sebuah projek di bawah Panitia Bahasa Inggeris yang dinamakan "Words On Street". Program ini dilaksanakan pada 11 Julai 2013 bermula 10.10 pagi hingga 11.35 pagi.  Objektif program ini dilaksanakan bertujuan ingin menerapkan konsep Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Selain itu juga, program ini turut menekankan aspek didik hibur dan aspresiasi bahasa.









Monday, July 8, 2013

Marhaban Ya Ramadhon

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunanSelamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran
Mari kita menyambut dengan hati gembiraMari kita menyambut dengan hati bahagia
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkahAllah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah
Perbanyaklah ibadah, jangan lupa dedekahPerbanyaklah tadarus, jangan lupa shalawat
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Selamat datang bulan yang siang harinya muliaSelamat datang bulan yang malamnyapun muliaNafas dan tidur kitapun mendapat pahalaDosapun diampuni doapun diterima
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul SyiamMarhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam