Pada 15 JUN 2013 yang lepas, SK Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel  telah mengadakan acara berprestij iaitu Kejohanan Sukan Tahunan ke 23. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan 
kebaikan dalam hidup kita.  Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak 
begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan 
aktiviti itu hanya membuang masa.  Lagipun masyarakat lebih memandang 
pencapaian akademik sebagai ukuran. 
                Pihak sekolah juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia
 menerusi budaya bersukan.  Semasa menjalani aktiviti sukan, 
pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama 
melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan 
bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.  Pada masa itu, 
mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan 
dan semangat setiakawan.  Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh. 
 Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama.  Jalinan 
persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan 
berkekalan selama-lamanya.  Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 
1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan 
tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum 
tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di 
peringkat sekolah. 
                  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Azman bin Harun selaku GPK Kokurikulum seterusnya guru-guru rumah sukan  yang banyak memberi sokongan padu dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. SYABAS !!
No comments:
Post a Comment