Wednesday, August 28, 2013

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Seperti tahun-tahun lepas warga SK Pendidikan Khas, Jalan Peel turut mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 pada tahun ini sebagai menyahut kempen untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

Bermula dengan setiap ruang sekolah SKPKJP sehinggalah di pagar dan pintu masuk utama, SKPKJP mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan kibaran Jalur Gemilang.

Kibaran Jalur Gemilang ini dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini dan dapat meningkatkan lagi semangat patriotik di dalam diri semua warga SKPKJP. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun.

Friday, August 23, 2013

PROGRAM SAHSIAH MURID DAN KEM JATI DIRI 2013 23-24 OGOS 2013

Program Kem Jati Diri 2013 telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid pada kali ini merupakan program pendidikan luar darjah yang diselaras dan di adaptasi bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas disertai dengan bimbingan dan tunjuk ajarguru yang terlibat. Pendedahan kegiatan luar adalah penting bagi murid berkeperluan khas dengan tujuan untuk menberi pendedahan kepada mereka tentang cabaran dunia luar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. program ini berfokus kepada pembentukan kepimpinan dan pembinaan sahsiah yang baik dan terpuji. 

Program ini merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan sebagai sokongan dan pendedahan kepada pelajar menghayati dan memahami kehidupan yang berlaku disekeliling mereka. Pembelajaran ini bukan sahaja tertumpudan terarah sekadar apa yang ada dan wujud di dalam kelas tetapi mempunyairuang lingkup yang lebih daripada itu tanpa batasan. Usaha membina keyakinan dan mengasahsemangat "yakin boleh" perlu diterap dan diasuh agar keyakinan terbina lebih terarah serta mendatangkan manfaat kepada diri, sekolah dan masyarakat sekeliling.

AJK HEM SKPKJP merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan Program Pembinaan Sahsiah Murid- Kem Jati Diri 2013 terutamanya kepada En Md. Hassan B Mokhtar (Guru Besar), pihak pentadbir, semua fasilitator, ketua-ketua panitia, guru-guru, PPM dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  dalam menjayakan program ini. SYABAS diucapkan...





Thursday, August 1, 2013

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu program ini dirancangdan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allahdan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberi penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti aktiviti kokurikulumuntuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. pengalaman yang ditimba melalui program Ihya Ramadhan 1434H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh alam kedewasaan kelak.

Pada sepanjang bulan Ramadhan , telah diadakan program Ihya Ramadhan. Matlamat program ini bertujuan menghidupkan Ramadhan al Mubarak dengan aktiviti yang boleh mempertimbangkan ketaqwaan. Program ini juga dapat mencetuskan rasa bangga dan syukur dengan rahmat Allah apabila tibanya Ramadhan dan memupuk sikap bersedia menyumbang tenaga dan uasa walaupun dalam keadaan kesempitan.

Tanggal 31 Julai 2013 merupakan acara kemuncak program Ihya Ramadhan dan merupakan acara penutupan Ihya Ramadhan dan telah dijayakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam. Tahniah diucapkan kepada Ustazah Noraziah selaku ketua panitia Agama Islam dan guru-guru dalam menjayakan program ini.