Friday, August 23, 2013

PROGRAM SAHSIAH MURID DAN KEM JATI DIRI 2013 23-24 OGOS 2013

Program Kem Jati Diri 2013 telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid pada kali ini merupakan program pendidikan luar darjah yang diselaras dan di adaptasi bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas disertai dengan bimbingan dan tunjuk ajarguru yang terlibat. Pendedahan kegiatan luar adalah penting bagi murid berkeperluan khas dengan tujuan untuk menberi pendedahan kepada mereka tentang cabaran dunia luar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. program ini berfokus kepada pembentukan kepimpinan dan pembinaan sahsiah yang baik dan terpuji. 

Program ini merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan sebagai sokongan dan pendedahan kepada pelajar menghayati dan memahami kehidupan yang berlaku disekeliling mereka. Pembelajaran ini bukan sahaja tertumpudan terarah sekadar apa yang ada dan wujud di dalam kelas tetapi mempunyairuang lingkup yang lebih daripada itu tanpa batasan. Usaha membina keyakinan dan mengasahsemangat "yakin boleh" perlu diterap dan diasuh agar keyakinan terbina lebih terarah serta mendatangkan manfaat kepada diri, sekolah dan masyarakat sekeliling.

AJK HEM SKPKJP merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan Program Pembinaan Sahsiah Murid- Kem Jati Diri 2013 terutamanya kepada En Md. Hassan B Mokhtar (Guru Besar), pihak pentadbir, semua fasilitator, ketua-ketua panitia, guru-guru, PPM dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  dalam menjayakan program ini. SYABAS diucapkan...





No comments:

Post a Comment