Keputusan UPSR telah diumumkan.
Seramai dua daripada 15 calon lulus dalam semua pelajaran.
Diharapkan kecemerlangan pada peringkat rendah akan diteruskan ke peringkat menengah.
Tahniah kepada semua calon.
Wednesday, November 26, 2014
Monday, November 24, 2014
Kejohanan Boling BKGK 2014
BKGK Skpk Jalan Peel telah mengadakan kejohanan boling di Berjaya Times Square.
Semua guru dan staf telah menyertai kejohanan ini yang diadakan secara berkumpulan.
Keriangan terpancar di wajah setiap peserta.
Semua guru dan staf telah menyertai kejohanan ini yang diadakan secara berkumpulan.
Keriangan terpancar di wajah setiap peserta.
Friday, November 14, 2014
Karnival Sukan Sekolah Pendidikan Khas Tahun 2014
Kejohanan Sukan Pendidikan Khas diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang bermula 14 November - 17 November 2014.
Kejohanan ini membabitkan semua SKPK dan SMPK di seluruh Malaysia.
Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton dan memanah.
Semoga pencapaian pada tahun ini akan lebih baik pada tahun 2015.
Majulah Sukan Pendidikan Khas.
Kejohanan ini membabitkan semua SKPK dan SMPK di seluruh Malaysia.
Antara acara yang dipertandingkan adalah badminton dan memanah.
Semoga pencapaian pada tahun ini akan lebih baik pada tahun 2015.
Majulah Sukan Pendidikan Khas.
Tuesday, October 28, 2014
DSKP TMK TAHUN 5
PENGENALAN SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER
- Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
- Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang jauh.
- Rangkaian komputer menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan infra red.
JENIS-JENIS
Terdapat 6 jenis rangkaian secara asasnya iaitu :
- MAN (Metropolitan Area Netword)
- Wan (Wide Area Network)
- Lan (Local Area Network)
- PAN (Personal Area network)
- VPN (Virtual Private Network)
- WLAN (Wireless LAN)
MAN (Metropolitan Area Network)
- Satu jaringan yang meliputi satu kawasan yangluas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama.
- Contohnya campus universiti, sekolah bandar dan sebagainya.
Wan (Wide Area Network)
- WAN dalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya.
- Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura.
- Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.
Lan (Local Area Network)
- LAN ialah rangkaian setempat
- Beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian.
- Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.
Friday, March 7, 2014
PROGRAM KONSULTASI PERSEDIAAN AWAL KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR. 8 MAC 2014
MATLAMAT
- Memastikan calon-calon UPSR 2014 terdedah kepada subjek-subjek UPSR
- memastikan pihak ibu bapa turut menyokong anak-anak (calon) ke arah kecemerlangan UPSR
- Mendedahkan calon-calon (murid-murid) kepada format skema peperiksaan UPSR sebenar.
- kertas soalan sebenar UPSR
- Intervensi/motivasi awal ke arah peningkatan pencapaian prestasi cemerlang dalam UPSR 2014
Thursday, March 6, 2014
TAKWIM KOKURIKULUM SEPANJANG 2014
PERANCANGAN PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN
SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2014
BIL
|
AKTIVITI
|
CADANGAN TARIKH/BULAN PELAKSANAAN
|
1.
|
Mesyuarat
Jawatankuasa Dasar 1MURID 1SUKAN
|
31 Disember 2013
|
2.
|
Mesyuarat
AJK Rumah Sukan
|
16 Januari 2014
|
3.
|
Pembahagian
Rumah Sukan Murid Tahun 1
|
16 Januari 2014
|
4.
|
Pembahagian
Kelab Sukan Sekolah
|
16 Januari 2014
|
5.
|
Latihan
Merentas Desa
|
12 Februari 2014 & 19 Februari 2014
|
6.
|
Pertandingan
Merentas Desa dan “School Run” Peringkat sekolah
|
26 Februari 2014
|
7.
|
Latihan
Balapan dan Padang
|
2,3, 9, 10, 22 April 2014
|
8.
|
Sukantara
|
24 April 2014
|
9.
|
Kejohanan
Sukan Sekolah
|
27 April 2014
|
10.
|
Pelaksanaan
Aktiviti Kelab Sukan Sekolah
|
Sepanjang Tahun
|
11.
|
Pelaksanaan
Pertandingan Kelab Sukan Sekolah
|
Sepanjang Tahun
|
12.
|
Pemantauan
Semua Aktiviti Sukan Sekolah
|
Sepanjang Tahun
|
13.
|
Penilaian
Semua Aktiviti Sukan Sekolah
|
Mac, Jun dan September
|
14.
|
Laporan
Dokumentasi
|
|
|
14.1
Sukantara
|
23 Mei 2014
|
|
14.2 Sukan
Sekolah
|
23 Mei 2014
|
|
14.3 Kelab
Sukan Sekolah
|
Jun/ November
|
|
14.4 Post
Mortem
|
November/ Disember
|
|
14.5 Laporan
keseluruhan Dasar 1MURID 1SUKAN
|
November/ Disember
|
● Tarikh perancangan mengikut TAKWIM
sekolah.
● Maklumat
yang telah lengkap perlu diserahkan kembali kepada Unit Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, BPKhas selewat-lewatnya atau pada 5 Januari 2014.
● Laporan
Dokumentasi (bergambar) 1 salinan perlu dihantar kepada Unit Sukan, Kokuirkulum
dan Kesenian, BPKhas.
Tuesday, March 4, 2014
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH MENABUNG 23 JAN 2014
Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur menjadi taat dan mentauhidkan Allah benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke muka bumi ini. Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit getir. Rasulullah menempuh pelbagai keperitan, ancaman dan halangan serta menghadapi bermacam kesengsaraan. Namun begitu Rasulullah SAW tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanat Allah. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan kebenaran di bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam. Atas dasar inilah, amat wajar bagi kita memperingati kelahiran dan pengutusan Rasulullah SAW ke alam fana ini agar semua warga sekolah dapat mengenali dan menghayati peribadi agung Rasulullah SAW.
Tanggal 23 Januari 2014, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersempena memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. ia juga meningkatkan kesedaran semua warga SKPKJP betapa pentingnya mengenali peribadi mulia Rasulullah SAW dan menyayangi Baginda SAW. Melalui program ini juga dapat mencontohi dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW di dalam kehidupan seharian.
ROAD RUN SK PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL. 26 FEB 2014
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
mewajibkan setiap murid sekurang-kurangnya menyertai satu aktiviti sukan di
sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru
itu, aktiviti larian akan diperkenalkan dalam
aktiviti ini bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Aktiviti “Larian Road
Run” ini membolehkan setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan aktiviti
ini dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.
Antara
objektif program ini adalah seperti berikut :
1.
Meningkatkan kecergasan jasmani
2.
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3.
Memupuk perpaduan di antara kaum
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5.
Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6.
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7.
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan
TENTATIF PROGRAM ROAD RUN 2014
Masa
|
Aktiviti
|
7.30pagi
8.00 pagi
8.15 pagi
8.30 pagi
8.45 pagi
10.00 pagi
11.00
pagi
11.30
pagi
|
-
Pendaftaran /
Taklimat Penyelaras
-
Bergerak ke
YPC
-
Aktiviti
memanaskan badan
-
Senamrobik
-
Aktiviti
“Larian Road Run” dijalankan
-
Rehat
-
Bergerak
pulang ke sekolah
-
Tiba di
sekolah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)