Tuesday, March 4, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH MENABUNG 23 JAN 2014

Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur menjadi taat dan mentauhidkan Allah benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke muka bumi ini. Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit getir. Rasulullah menempuh pelbagai keperitan, ancaman dan halangan serta menghadapi bermacam kesengsaraan. Namun begitu Rasulullah SAW tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanat Allah. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan kebenaran di bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam. Atas dasar inilah, amat wajar bagi kita memperingati kelahiran dan pengutusan Rasulullah SAW ke alam fana ini agar semua warga sekolah dapat mengenali dan menghayati peribadi agung Rasulullah SAW.

Tanggal 23 Januari 2014, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersempena memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. ia juga meningkatkan kesedaran semua warga SKPKJP betapa pentingnya mengenali peribadi mulia Rasulullah SAW dan menyayangi Baginda SAW. Melalui program ini juga dapat mencontohi dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW di dalam kehidupan seharian.



No comments:

Post a Comment