Friday, March 7, 2014

PROGRAM KONSULTASI PERSEDIAAN AWAL KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR. 8 MAC 2014

MATLAMAT
  • Memastikan calon-calon UPSR 2014 terdedah kepada subjek-subjek UPSR
  • memastikan pihak ibu bapa turut menyokong anak-anak (calon) ke arah kecemerlangan UPSR
OBJEKTIF
  • Mendedahkan  calon-calon (murid-murid) kepada format skema peperiksaan UPSR sebenar.
  • kertas soalan sebenar UPSR
  • Intervensi/motivasi awal ke arah peningkatan pencapaian prestasi cemerlang dalam UPSR 2014
Disampng itu juga para guru juga terlibat dengan aktiviti gotong royong menceriakan bilik guru. tahniah diucapkan kepada warga guru yang bertungkus lumus menceriakan bilik guru.

Thursday, March 6, 2014

TAKWIM KOKURIKULUM SEPANJANG 2014



PERANCANGAN PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN
SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2014

BIL
AKTIVITI
CADANGAN TARIKH/BULAN PELAKSANAAN
1.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar 1MURID 1SUKAN
31 Disember 2013
2.
Mesyuarat AJK Rumah Sukan
16 Januari 2014
3.
Pembahagian Rumah Sukan Murid Tahun 1
16 Januari 2014
4.
Pembahagian Kelab Sukan Sekolah
16 Januari 2014
5.
Latihan Merentas Desa
12 Februari 2014 & 19 Februari 2014
6.
Pertandingan Merentas Desa dan “School Run” Peringkat sekolah
26 Februari 2014
7.
Latihan Balapan dan Padang
2,3, 9, 10, 22 April 2014
8.
Sukantara
24 April 2014
9.
Kejohanan Sukan Sekolah
27 April 2014
10.
Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
11.
Pelaksanaan Pertandingan Kelab Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
12.
Pemantauan Semua Aktiviti Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
13.
Penilaian Semua Aktiviti Sukan Sekolah
Mac, Jun dan September
14.
Laporan Dokumentasi


14.1 Sukantara
23 Mei 2014

14.2 Sukan Sekolah
23 Mei 2014

14.3 Kelab Sukan Sekolah
Jun/ November

14.4 Post Mortem
November/ Disember

14.5 Laporan keseluruhan Dasar 1MURID 1SUKAN
November/ Disember

          Tarikh perancangan mengikut TAKWIM sekolah.
             Maklumat yang telah lengkap perlu diserahkan kembali kepada Unit Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, BPKhas selewat-lewatnya atau pada 5 Januari 2014.
              Laporan Dokumentasi (bergambar) 1 salinan perlu dihantar kepada Unit Sukan, Kokuirkulum dan Kesenian,   BPKhas.

Tuesday, March 4, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH MENABUNG 23 JAN 2014

Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur menjadi taat dan mentauhidkan Allah benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke muka bumi ini. Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit getir. Rasulullah menempuh pelbagai keperitan, ancaman dan halangan serta menghadapi bermacam kesengsaraan. Namun begitu Rasulullah SAW tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanat Allah. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan kebenaran di bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam. Atas dasar inilah, amat wajar bagi kita memperingati kelahiran dan pengutusan Rasulullah SAW ke alam fana ini agar semua warga sekolah dapat mengenali dan menghayati peribadi agung Rasulullah SAW.

Tanggal 23 Januari 2014, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersempena memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. ia juga meningkatkan kesedaran semua warga SKPKJP betapa pentingnya mengenali peribadi mulia Rasulullah SAW dan menyayangi Baginda SAW. Melalui program ini juga dapat mencontohi dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW di dalam kehidupan seharian.



ROAD RUN SK PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL. 26 FEB 2014


Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid sekurang-kurangnya menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Selaras dengan  itu, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel akan menjalankan satu larian ‘Road Run’ di kawasan Yayasan Pendidikan Cheras. Latihan  akan dijalankan pada 19 Februari 2014. Manakala hari “Larian Road Run” pula akan dijalankan pada 26 Februari 2014 di tempat yang sama. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan murid dari segi fizikal dan mental sekaligus mewujudkan budaya sukan di kalangan murid yang kurang upaya ini. 
 
Justeru itu, aktiviti larian  akan diperkenalkan dalam aktiviti ini bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Aktiviti “Larian Road Run” ini membolehkan setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan aktiviti ini dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.


Antara objektif program ini adalah seperti berikut :
1.  Meningkatkan kecergasan jasmani
2.  Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3.  Memupuk perpaduan di antara kaum
4.  Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5.  Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

 TENTATIF PROGRAM ROAD RUN 2014

Masa
Aktiviti
        
         7.30pagi
         8.00 pagi
         8.15 pagi
         8.30 pagi
         8.45 pagi
       10.00 pagi
       11.00 pagi
       11.30 pagi



-          Pendaftaran / Taklimat Penyelaras
-          Bergerak ke YPC
-          Aktiviti memanaskan badan
-          Senamrobik
-          Aktiviti “Larian Road Run” dijalankan
-          Rehat
-          Bergerak pulang ke sekolah
-          Tiba di sekolah