Thursday, March 6, 2014

TAKWIM KOKURIKULUM SEPANJANG 2014



PERANCANGAN PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN
SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2014

BIL
AKTIVITI
CADANGAN TARIKH/BULAN PELAKSANAAN
1.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar 1MURID 1SUKAN
31 Disember 2013
2.
Mesyuarat AJK Rumah Sukan
16 Januari 2014
3.
Pembahagian Rumah Sukan Murid Tahun 1
16 Januari 2014
4.
Pembahagian Kelab Sukan Sekolah
16 Januari 2014
5.
Latihan Merentas Desa
12 Februari 2014 & 19 Februari 2014
6.
Pertandingan Merentas Desa dan “School Run” Peringkat sekolah
26 Februari 2014
7.
Latihan Balapan dan Padang
2,3, 9, 10, 22 April 2014
8.
Sukantara
24 April 2014
9.
Kejohanan Sukan Sekolah
27 April 2014
10.
Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
11.
Pelaksanaan Pertandingan Kelab Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
12.
Pemantauan Semua Aktiviti Sukan Sekolah
Sepanjang Tahun
13.
Penilaian Semua Aktiviti Sukan Sekolah
Mac, Jun dan September
14.
Laporan Dokumentasi


14.1 Sukantara
23 Mei 2014

14.2 Sukan Sekolah
23 Mei 2014

14.3 Kelab Sukan Sekolah
Jun/ November

14.4 Post Mortem
November/ Disember

14.5 Laporan keseluruhan Dasar 1MURID 1SUKAN
November/ Disember

●          Tarikh perancangan mengikut TAKWIM sekolah.
●             Maklumat yang telah lengkap perlu diserahkan kembali kepada Unit Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, BPKhas selewat-lewatnya atau pada 5 Januari 2014.
●              Laporan Dokumentasi (bergambar) 1 salinan perlu dihantar kepada Unit Sukan, Kokuirkulum dan Kesenian,   BPKhas.

Tuesday, March 4, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH MENABUNG 23 JAN 2014

Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur menjadi taat dan mentauhidkan Allah benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke muka bumi ini. Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit getir. Rasulullah menempuh pelbagai keperitan, ancaman dan halangan serta menghadapi bermacam kesengsaraan. Namun begitu Rasulullah SAW tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanat Allah. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan kebenaran di bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam. Atas dasar inilah, amat wajar bagi kita memperingati kelahiran dan pengutusan Rasulullah SAW ke alam fana ini agar semua warga sekolah dapat mengenali dan menghayati peribadi agung Rasulullah SAW.

Tanggal 23 Januari 2014, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersempena memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. ia juga meningkatkan kesedaran semua warga SKPKJP betapa pentingnya mengenali peribadi mulia Rasulullah SAW dan menyayangi Baginda SAW. Melalui program ini juga dapat mencontohi dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW di dalam kehidupan seharian.



ROAD RUN SK PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL. 26 FEB 2014


Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid sekurang-kurangnya menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Selaras dengan  itu, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel akan menjalankan satu larian ‘Road Run’ di kawasan Yayasan Pendidikan Cheras. Latihan  akan dijalankan pada 19 Februari 2014. Manakala hari “Larian Road Run” pula akan dijalankan pada 26 Februari 2014 di tempat yang sama. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan murid dari segi fizikal dan mental sekaligus mewujudkan budaya sukan di kalangan murid yang kurang upaya ini. 
 
Justeru itu, aktiviti larian  akan diperkenalkan dalam aktiviti ini bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Aktiviti “Larian Road Run” ini membolehkan setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan aktiviti ini dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.


Antara objektif program ini adalah seperti berikut :
1.  Meningkatkan kecergasan jasmani
2.  Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3.  Memupuk perpaduan di antara kaum
4.  Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5.  Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

 TENTATIF PROGRAM ROAD RUN 2014

Masa
Aktiviti
        
         7.30pagi
         8.00 pagi
         8.15 pagi
         8.30 pagi
         8.45 pagi
       10.00 pagi
       11.00 pagi
       11.30 pagi



-          Pendaftaran / Taklimat Penyelaras
-          Bergerak ke YPC
-          Aktiviti memanaskan badan
-          Senamrobik
-          Aktiviti “Larian Road Run” dijalankan
-          Rehat
-          Bergerak pulang ke sekolah
-          Tiba di sekolah

 





Sunday, October 20, 2013

KARNIVAL PERMAINAN RAKYAT (9 OKTOBER 2013)

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang. Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggungjawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. bagi memenuhi keperluan ini maka, Unit Kokurikulum Sek Keb Pendidikan Jalan Peel terpanggil untuk melaksanakan Program Karnival Rakyat. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan permainan tradisional agar tidak dilupakan. Antara permainan rakyat yang dipertandingkan ialah congkak, baling guli, ketingting, batu seremban, galah panjang dan tuju selipar yang merupakan permainan popular satu ketika dahulu.

PROGRAM HARI BESTARI 2013 (4 OCT 2013)


Hari Bestari merupakan satu aktiviti yang dirancang oleh Pusat Sumber sekolah yang melibatkan panitia Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Program sebegini akan dapat membimbing dan membantu pelajar meningkatkan mutu pelajaran dan juga menilai keupayaan kendiri sedia ada murid. Program ini juga menggalakkan murid-murid supaya mengaplikasikan pengetahuan sediaada murid semasa menjalankan aktiviti di luar darjah serta dapat merasai keseronokan  dan kelainan dalam pembelajaran.




Sunday, September 8, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2013

Kami warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6 A WIRA 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Ulfa, May, Pui Yee, Aaron, dan Shu Qin agar diberikan ketenangan dan ilham yang mencurah-curah ketika menjawab setiap kertas subjek nanti.Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua dan selamat maju jaya.



Monday, September 2, 2013

PROGRAM MERDEKA RAYA DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 30 OGOS 2013

Aktiviti kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SKPK Jalan Peel akan melaksanakan program Merdeka Raya sempena bulan kemerdekaan yang disambut dalam bulan Syawal. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat murid serta diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan murid dan guru-guru.

Melalui program ini murid-murid dapat mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Murid-murid juga dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK pelaksana dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Syabas diucapkan...