Wednesday, March 23, 2011

Program Maulidur Rasul Sek Keb Pendidikan Khas Jln Peel ( 24 Feb 2011)

Pada 24/2/2011 bersamaan 21 Rabiul Awal 1432 H, Panitia Pendidikan Islam yang diterajui oleh Ustazah Aziah & Ustaz Faiz dengan kerjasama "Panitia Pendidikan Moral"  telah berjaya menganjurkan "Program Maulidur Rasul" peringkat SKPKJP  bertempat di Dewan Yayasan Pelajaran Cheras,Kuala Lumpur.


Majlis dimulakan dengan sesi perarakan serta bermarhaban beramai-ramai dari dataran Sek Keb Pendidikan Khas Jalan Peel,Kuala Lumpur yang telah diketuai oleh Ustaz Faiz,


Majlis diteruskan dengan perasmian Majlis oleh Tuan Guru Besar Encik Omar Bin Sujak , persembahan murid-murid dan guru lelaki bersempena Sambutan Maulidur Rasul , Persembahan Multimedia , Ceramah bertajuk " Rasul Junjungan " yang disampaikan oleh Ustaz Faiz , pertandingan kuiz & mewarna serta penyampaian hadiah.


Majlis berlangsung dengan penuh meriah sekali.Moga program yang begitu bermanfaat seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan hendaknya!.


Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis,untuk paparan yang lebih jelas sila klik(2x) pada gambar :




                                                              

No comments:

Post a Comment