Wednesday, March 23, 2011

Tahniah pada semua guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Program Pensiswazahan Guru ( PPG) ambilan 2011

     Warga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur mengucapkan tahniah  & syabas pada semua guru-guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29  yang telah terpilih dan berjaya melanjutkan pelajaran serta  ditempatkan ke Program Pensiswazah Guru ( PPG ) anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Program ini dibuka untuk guru-guru yang telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun keatas sahaja yang merupakan guru-guru lepasan diploma keluaran Maktab-Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia.


*Berikut merupakan senarai nama guru - guru yang telah berjaya ditempatkan di Program Pensiswazah Guru ( PPG ) ambilan Mac & Jun :


1.) En Mohd Faizudin Bin Abdullah Al-Bukhari - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )  - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam ambilan Mac 2011

2.) Puan Lee Seng Kiat - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011

3.) Puan Farrah Bt Haslam - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas ) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011


4.) Puan Nooraisyah Bt Maideen -  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011



5.) Puan Evanie Pagok - Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas  (IPGM Kampus Ilmu Khas) - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas ambilan Jun 2011


Syabas diucapkan & sekalong ucapan tahniah buat mereka !... moga dapat mempertingkatkan ilmu & pengajian serta memantapkan lagi proses pengajaran & pembelajaran di masa hadapan kelak dengan ilmu yang ada.

No comments:

Post a Comment