Sunday, October 20, 2013

KARNIVAL PERMAINAN RAKYAT (9 OKTOBER 2013)

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang. Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggungjawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. bagi memenuhi keperluan ini maka, Unit Kokurikulum Sek Keb Pendidikan Jalan Peel terpanggil untuk melaksanakan Program Karnival Rakyat. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan permainan tradisional agar tidak dilupakan. Antara permainan rakyat yang dipertandingkan ialah congkak, baling guli, ketingting, batu seremban, galah panjang dan tuju selipar yang merupakan permainan popular satu ketika dahulu.

PROGRAM HARI BESTARI 2013 (4 OCT 2013)


Hari Bestari merupakan satu aktiviti yang dirancang oleh Pusat Sumber sekolah yang melibatkan panitia Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Program sebegini akan dapat membimbing dan membantu pelajar meningkatkan mutu pelajaran dan juga menilai keupayaan kendiri sedia ada murid. Program ini juga menggalakkan murid-murid supaya mengaplikasikan pengetahuan sediaada murid semasa menjalankan aktiviti di luar darjah serta dapat merasai keseronokan  dan kelainan dalam pembelajaran.




Sunday, September 8, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2013

Kami warga SK Pendidikan Khas Jalan Peel mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6 A WIRA 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Ulfa, May, Pui Yee, Aaron, dan Shu Qin agar diberikan ketenangan dan ilham yang mencurah-curah ketika menjawab setiap kertas subjek nanti.Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua dan selamat maju jaya.



Monday, September 2, 2013

PROGRAM MERDEKA RAYA DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 30 OGOS 2013

Aktiviti kurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SKPK Jalan Peel akan melaksanakan program Merdeka Raya sempena bulan kemerdekaan yang disambut dalam bulan Syawal. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat murid serta diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan murid dan guru-guru.

Melalui program ini murid-murid dapat mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Murid-murid juga dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK pelaksana dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Syabas diucapkan...

Wednesday, August 28, 2013

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Seperti tahun-tahun lepas warga SK Pendidikan Khas, Jalan Peel turut mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 pada tahun ini sebagai menyahut kempen untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

Bermula dengan setiap ruang sekolah SKPKJP sehinggalah di pagar dan pintu masuk utama, SKPKJP mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan kibaran Jalur Gemilang.

Kibaran Jalur Gemilang ini dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini dan dapat meningkatkan lagi semangat patriotik di dalam diri semua warga SKPKJP. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun.

Friday, August 23, 2013

PROGRAM SAHSIAH MURID DAN KEM JATI DIRI 2013 23-24 OGOS 2013

Program Kem Jati Diri 2013 telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid pada kali ini merupakan program pendidikan luar darjah yang diselaras dan di adaptasi bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas disertai dengan bimbingan dan tunjuk ajarguru yang terlibat. Pendedahan kegiatan luar adalah penting bagi murid berkeperluan khas dengan tujuan untuk menberi pendedahan kepada mereka tentang cabaran dunia luar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. program ini berfokus kepada pembentukan kepimpinan dan pembinaan sahsiah yang baik dan terpuji. 

Program ini merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan sebagai sokongan dan pendedahan kepada pelajar menghayati dan memahami kehidupan yang berlaku disekeliling mereka. Pembelajaran ini bukan sahaja tertumpudan terarah sekadar apa yang ada dan wujud di dalam kelas tetapi mempunyairuang lingkup yang lebih daripada itu tanpa batasan. Usaha membina keyakinan dan mengasahsemangat "yakin boleh" perlu diterap dan diasuh agar keyakinan terbina lebih terarah serta mendatangkan manfaat kepada diri, sekolah dan masyarakat sekeliling.

AJK HEM SKPKJP merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan Program Pembinaan Sahsiah Murid- Kem Jati Diri 2013 terutamanya kepada En Md. Hassan B Mokhtar (Guru Besar), pihak pentadbir, semua fasilitator, ketua-ketua panitia, guru-guru, PPM dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  dalam menjayakan program ini. SYABAS diucapkan...





Thursday, August 1, 2013

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu program ini dirancangdan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allahdan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberi penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti aktiviti kokurikulumuntuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. pengalaman yang ditimba melalui program Ihya Ramadhan 1434H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh alam kedewasaan kelak.

Pada sepanjang bulan Ramadhan , telah diadakan program Ihya Ramadhan. Matlamat program ini bertujuan menghidupkan Ramadhan al Mubarak dengan aktiviti yang boleh mempertimbangkan ketaqwaan. Program ini juga dapat mencetuskan rasa bangga dan syukur dengan rahmat Allah apabila tibanya Ramadhan dan memupuk sikap bersedia menyumbang tenaga dan uasa walaupun dalam keadaan kesempitan.

Tanggal 31 Julai 2013 merupakan acara kemuncak program Ihya Ramadhan dan merupakan acara penutupan Ihya Ramadhan dan telah dijayakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam. Tahniah diucapkan kepada Ustazah Noraziah selaku ketua panitia Agama Islam dan guru-guru dalam menjayakan program ini.








Monday, July 29, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE 23

            Pada 15 JUN 2013 yang lepas, SK Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel  telah mengadakan acara berprestij iaitu Kejohanan Sukan Tahunan ke 23. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita.  Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa.  Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran. 
                Pihak sekolah juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan.  Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.  Pada masa itu, mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan.  Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh.  Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama.  Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya.  Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah.
                  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Azman bin Harun selaku GPK Kokurikulum seterusnya guru-guru rumah sukan  yang banyak memberi sokongan padu dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. SYABAS !!